My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label week by week. Show all posts
Showing posts with label week by week. Show all posts
Tuesday, June 25, 2013

Check up 38 weeks

Sabtu 22 June 2013 - Ibu gi check up lagi... kiranya check up dah jadi seminggu sekali lah ye bila dah sampai ke penghujung trimester mcm ni...
Berat ibu dah 65kg! (dah agak dah..sama la berat ni masa ibu mengandungkan akak Qis & akak Sara dulu)
Ni masa gi breakfast sebelum jumpa Doktor kat hospital. 
 Lewat jugak kita gi hospital hari tu.
Pukul 10 lebih kot baru sampai hospital...
Hari tu kalau tak silap ibu, 2nd last kot, no yg ibu dapat... jenuh jugak nak menunggu turn jumpa Doktor...
Cer tgk kakak Sara makan...tangan letak kat kepala mcm takde mood je...
muka acham je nape kakak?
Hari tu, ayah hantar je kita bertiga ke hospital.  Mcm biasa, yg teman ibu mestilah akak Qis & Sara...
ayah pulak sementara tunggu ibu...
 boleh dia settlekan urusan lain dulu...takdelah buang masa
duduk menunggu je kan... siap sempat balik rumah tolong sidaikan kain sekali....
Dan tibalah giliran ibu jumpa dgn Gynae... mcm biasa, rutinnya mestilah check blood pressure, check urine, scan baby...tgk berat baby ada peningkatan tak utk minggu tu...
ukuran saiz kepalanya....
Kata Doktor semua pun ok....
pastu Doktor ckp nak check 'bukaan'...tapi ibu pulak yg tak ready lagi...
Dan tak sangka la pulak, bila ibu disuruh check kat labor room, dgn menggunakan CTG machine, utk tgk kadar denyutan jantung baby & jugak contraction pd ibu.
Mmg dah ada contraction, tapi mild lagi...
kepala baby mmg dah engaged dan kata Doktor dah betul2 rendah sangat kat bawah...
padanlah bila ibu berjalan...atau berdiri lama...rasa mcm ada 'bola' je kat tgh2...hihi :D
Rasanya ada la dalam 20 minit bacaan CTG ni diambil....
Ibu kenalah rileks2 kan diri dulu kat atas katil tu...
Masa ni rasa mcm dah nak bersalin je heheh :D
berdebar jugak...
buatnya ibu tetiba di tahan ke hari tu....
manalah nak tau kan....
sempat lagi tu ibu snap muka sendiri ekekeke :D
Lepas dah selesai, nurse kat labor room tu, suruh ibu tunggu kat ruang luar (delivery room tu)
sementara tunggu nurse kat tingkat 1 bawak ibu turun semula dan berjumpa dgn gynae ibu
utk dgr explanation nya.
Katanya, heartbeat baby semua ok.... contraction ibu pulak mild lagi....
so, dia suruh tunggu sakit nanti baru terus gi hospital...
Dan setakat hari ini entry ini ditulis, 25 June 2013, ibu masih lagi masih menanti dan menanti, bilakah masanya utk ibu mendakap sendiri anak ibu yang amat ibu nantikan selama ini....
semoga gala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar serta selamat hendaknya...
Insha Allah...
Monday, June 10, 2013

36weeks : Bag utk ke hospital

Semalam, Ahad, 9 June 2013, akhirnya, dapat jugak ibu luangkan masa utk siapkan bag dan keperluan utk bawak ke hospital.  Risau jugak asyik bertangguh aje...
takut nanti, kelam-kabut, andaikata tetiba aje rasa sakit ke kan...
Itupun nama je bag dah siap tersedia, tapi tak bawak & letak dlm kereta pun....
baik punye dok atas sofa kat ruang tamu rumah...bleh? hihi :P
Ibu bawak benda-benda basic aje, mcm kain bedung 3 helai, barut baby 2 helai, sarung tangan 2 pasang,
topi, sapu tangan, tuala...
4 keping diapers, baby wipes, baju baby dalam 3 pasang...
napkin 2 helai....
oppss! tak ketinggalan minyak telon utk kegunaan baby...

Pastu bawak t-shirt utk ibu dua helai, sehelai cardigan, kain batik 2 pasang, tudung 2 helai,  stokin, seluar palazo sehelai, yg ehem-ehem tu takyah citer la kan....
tu semua pun tau ye tak?!
Oh ye...baju2 baby ni semua ibu dah start basuh sket-sket masa bulan April hari tu....
senang la...takyah nak pikir dah....
lipat je elok-elok & simpan dlm drawer...
Ibu basuh dgn tangan sehelai demi sehelai...
tak nak masuk machine basuh...nanti pudar warna baju...
lagipun sekadar nak hilangkan kanji pada baju kan...
supaya..tak lah keras bila baby nak pakai nanti...

Ibu masih terfikir-fikir apa lagi yg perlu ibu siapkan utk ke hospital...
risau jugak nih...
harap segalanya dipermudahkan....
Aminnnnnn....

Thursday, May 30, 2013

Check up @ 34 weeks 3 days


29/5/2013 - Date appointment ni Doktor awalkan sket, sebab Doktor nak gi cuti (sempena cuti sekolah ni...) Yelah Doktor pun ada gak anak-anak yg dia nak beri perhatian & bawak jenjalan kan...
Itupun Doktor ckp, dia tak leh gi jejauh..sbb on call.
Ok gambar kat atas ni adalah yg terkini.  Ibu dah 34 weeks & 3 days. Berat ibu timbang semalam dah 64kg.  Baby gain lagi beratnya...now dah 2.5kg.  Alhamdulillah syukur...
Doktor pun cakap bagus...blood pressure ibu pun pada bacaan yg baik...
Disebabkan appointment ibu smlm hari Rabu, makanya ayah tak dpt nak
 amik cuti sbb tgh sibuk dgn keja.
Mujurlah ada Achu Nana yg tolong hantarkan ibu ke hospital & jagakan sekali Akak Qis & Akak Sara waktu ibu jumpa Doktor.  Achu tgh cuti minggu ni... tp Achu sibuk dgn assignment gak sebenarnya tu...
Tgh tunggu nak jumpa Doktor masa ni.  Ibu dah amik nombor dah pun... Ibu ingat ibu patient yg pertama,
rupanya yg ke 13....haha :D sabor jelah...
Yg kakak & adik masa ni tgh leka tgk citer upin ipin kat hp. Mentang-mentang la wifi kat hospital tu laju....suka la dorang tu!
Lepas tu, ibu ajak dorang semua gi breakfast dulu sbb lama lagi nak tunggu turn ibu utk jumpa Doktor.
kakak tgh makan nasik lemak...
Adik pulak, ibu suapkan mee hoon aje...kita share sekali :)

Lama jugak lepak kat cafe ni dgn Achu Nana
Lepas makan, kita naik semula tunggu giliran utk mengadap Doktor
 Masa jumpa Doktor, lepas timbang berat badan, check blood pressure & scan, Doktor ckp urine ibu ada infection sket... tu yg ibu dapat ubat di atas. (Antibiotik & ural) kena consume sampai habis ubat tu...
Tapi Doktor ckp tu semua normal la dlm pregnancy....
Pheww...lega ibu...
Doktor pesan suruh minum air banyak-banyak....
Lepas tu, sebelum balik, kita singgah Tesco utk beli barang dapur sket...
Masa kat Tesco, akak Sara moody sket..ngamuk2 je kejanya...
rupanya lepas je naik keta, dia dah tertidur....ooooo...ngantuk rupanya yekk....
patutla....
Tuesday, May 21, 2013

Check up 33 weeks

Sabtu lepas 18/5/2013, balik dari sports day akak Qaisara, 
ibu terus cecepat ajak ayah gi check up kat Hospital.
Memang ibu ada appointment dgn Gynae hari tu.  Kita sampai kat hospital dlm 11.30 pagi.
Itupun ibu merupakan patient terakhir dgn Dr. Rasliza.  Nak dekat pkl 12.50 tghari baru
ibu dipanggil utk berjumpa dgn Dr.  Bayangkanlah betapa ramainya patient Dr utk hari Sabtu tu...
Jenuh sgt menunggu... pheww!

Sebaik melangkah masuk ke dalam... ibu disambut dgn senyuman Dr. Rasliza yg manis.

Sejuk sket hati ibu bila dilayan begitu... yelah penat menunggu lama kan...
maunye tak bosan...mujurlah adik dgn kakak tak nakal...duduk je kat tempat sambil memain sendiri...

Seperti biasa, ibu kena buat urine test dulu, nak check kandungan gula dalam darah...
alhamdulillah..semuanya ok...
Pastu timbang berat ibu.  Masih kekal 62.4kg (maintain berat 2 minggu yg lalu)
Berat baby dah 2.3kg ni mmg Doktor kata bagus...sbb berat baby 2 minggu yg lalu kira-kira 1.6kg... nampak kan peningkatan di situ?

Lepas tu baru scan perut.  Baby alhamdulillah sihat... tapi mmg payah betul nak captured wajah dia...asyik la terlindung dgn tangan dia yg tutup muka....
saje je baby ni tauuuu...
puas doktor belek guna 3D & 4D scan...
end up... guna 3D yg dpt part wajah baby nih...itupun
dari tepi...nampak tak kepala, hidung dan mulut baby yg facing ke atas tu?
Takat tu jelah yg dpt captured nak oiii..
takpelah...asalkan baby sihat, sempurna...ibu dah lebih dari lega....
Sebelum balik, ibu diberi stok ubat spt: calcium, iron, obimin + folic asid
Yg folic asid ni tablet nye kaler velvet lagi....
telan la selagi terdaya ye..hihi...:D

ok next check up ibu lagi 2 minggu...
bertarikh 29/5/13.. kenalah ibu apply cuti, sbb check tu nanti adalah pada hari Rabu...
Doktor nak cuti..that's why dia tukar date appt ikut date yg dia available...
Friday, April 26, 2013

29 weeks, 4 days

Ibu @ 29weeks, 4 days

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kg dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki.  Kepala bayi semakin besar dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini.  Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang minggu ke 30.
Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga.  Anda memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folic asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200mg diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari).  Jadi, makanlah makanan yg kaya dengan nutrien-nutrien ini.  Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan peparu menjadi semakin matang.  

Friday, April 12, 2013

Last check up @ Klinik

Petang semalam, 11 April 2013 (Khamis), adalah hari terakhir monthly check up 
dgn Doktor kat klinik.
Seperti biasa, kena buat urine test utk check kandungan gula dlm badan.
Lepas tu, kena timbang berat badan.  Mak aiii...terkejut ibu dibuatnya, bila naik aje atas weighing machine tu...ha ngko!
60kg ok! bulan lepas 1/3/2013, baru 55kg, ini bermakna naik sebanyak 5kg! phewww...
Doktor pun terkejut dan dia kata, 'banyak betul naik ni'...
'makan berselera ye?' Doktor tu tanya lagi. ekekek :D 
Ibu jawab, 'haah Doktor... makan berselera sket.  Tapi saya rasa ni normal, sbb masa
pregnancy yg sebelum-sebelum ni pun, berat terakhir saya utk bulan ke 9, mmg cecah sampai 65kg! Sekarang ni pun dah 7 bulan
...should be ok kot kan hihi :D'

Lepas tu, check blood pressure, Doktor cakap, 'Ok bagus!'
Kemudiannya tu, Doktor suruh buat scan.  As usual check diameter kepala baby.
Doktor kata pembesarannya normal.  Doktor siap terangkan sambil tunjuk satu persatu, 
yg ni mata, hidung, mulut, telinga, tangan dan kaki, jantina (Doktor sahkan lagi utk kali yg kedua, mmg confirm dah pun hihi :D), lepas tu Doktor tunjuk heartbeat baby yg normal, Doktor kata, alhamdulillah semua dalam keadaan yg baik, kaki, tangan, buah pinggang baby semua sekali Doktor tu terangkan dgn terperinci.

Ni lah salah satu sebab kenapa ibu suka jumpa dgn Doktor ni.
Sebab dia akan terangkan dgn begitu lengkap sekali...jadi ibu dengar pun sedap hati dan legaaaa sesangat.  Syukur alhamdulillah Ya Allah... kerana memakbulkan doa ibu agar dipermudahkan segala urusan...

Ada sesetengah Doktor tu simple sangat....tap tup tap tup tap..dah siap!...
ntah apa yg dibeleknya pun tak taulah...
Tapi Doktor S mmg terbaik!
walaupun scan ni tak baper clear...
tapi ni menunjukkan kepala baby, badan, tangan kiri dan kanannya.
Waktu Doktor captured gambar ni...baby tgh pusingkan mukanya ke arah
ibu & doktor la kiranya...
disebabkan baby aktif bergerak, nak captured tepat2 agak payah...
takpelah..nanti kita scan masa kat hospital pulak ok!
Ni pulak, scan utk tgk kandungan air ketuban, sama ada mencukupi ke tak, laporan scan yg ni utk dihantar ke hospital nanti.
Doktor cakap, kalau kurang pun bahaya, kalau terlebih pulak lagi bahaya...
so, kena balance, katanya...
Placenta pun kukuh katanya... kedudukan pun baik.
Kad check up ni pun dah penuh.  Kata Doktor, kepala baby dah pusing ke bawah.
Lepas tu Doktor bagi ibu injection kat lengan bahu kiri. Injection tu utk
elak kancing gigi.  Sakit jugak injection tu, sampai sengal la ibu rasa malam tu...
berat je tangan ibu masa nak tidur...kena suruh ayah picit bagi lega sket.
Lepas tu, Doktor issue referral letter utk bagi pada Gynae utk
sambung check up kat hospital pulak...

Mcm biasa, dpt bekalan obimin, zat besi & kalsium.
Kena teruskan makan seperti biasa.
Ok tu je update utk 27 weeks 3 days.
Assalamualaikum....
Wednesday, March 27, 2013

25 weeks 2 days

Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Adakah anda bercadang untuk kembali bekerja? Buatlah rancangan sekarang. Bahagian kerja dan pengasuhan anak kami akan memberitahu anda semua yang anda perlu tahu. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. 


Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1044288/perkembangan-fetus---hamil-25-minggu#ixzz2OhJLpF8Y
Tuesday, March 19, 2013

24 weeks 1 day (6 months +)

Hi... cepat nye masa berlalu....dah 6 bulan rupanya ibu bawak baby ke hulur ke hilir...
Semalam, masa mandi, ibu tetiba cramp kat jari kaki kanan....
Adoi...sangat teramat....
nasib baik ibu tak terjatuh...
sempat berpaut kat dinding pintu bilik air.
Tu tandanya kalsium ibu telah diserap...
tapi don't worry, ibu dpt bekalan kalsium (pil) yg doktor bagi...
hari2 kena makan ni...
kadang-kadang tu terngelat jugak la ibu....
mana taknya asyik bertangguh langsung lupa....
tapi selalunya kalau terlepas makan pun dlm sekali dua la...
selalunya ibu akan pastikan yg ibu makan jugak pil-pil vitamin, obimin, iron tu semua...
harap baby membesar dgn sihat dan bertambah berat badan...
As usual, bila ada kesempatan, sure nak snap gambar....
utk kenangan sendiri....
ibu nak jugak tgk tumbesaran perut ni dari semasa ke semasa...
byk tak perbezaannya...
kebanyakkan org yg tgk perut ibu ni, mesti komen perut ibu kecik lah apalah...
perut dorang lagi besarlah....
adoilahhh...ramai betul Dr. tak bertauliah kat luar sana tu ek...
layan jelah ye tak....
bukan lama pun lagi....3 months to go...
lepas tu baby dah ada depan mata...
kisahkan nak jaga badan pulak ye tak hihi....
apa pun demi baby....ibu sanggup lakukan apa saja!
Thursday, March 14, 2013

23 weeks & 3 days

Ni gambar ibu yg terkini.  Setakat entry ini ditulis, ibu dah 6 bulan 2 minggu pregnant.
Sekejap betul masa berlalu....
Seminggu demi seminggu mmg langsung tak terasa....
tau-tau je ibu rasa semakin berat, kadang-kadang mengah...
kerap nak terkencing mmg confirm la ye hihi :p

Baby semakin aktif bergerak kat dalam perut....
seronok bila tgk terbonjol-bonjol perut ni ditendang...
Masa ni dah boleh suruh kak Qis & kak Sara letak tangan kat perut ibu untuk 
bagi dorang rasa baby tendang...

Tapi ibu perhatikan yg kak Sara tu jeles sket...
tapi dia tetap tak sabar nak tunggu baby dlm perut keluar...
hari-hari mesti tanya...
hari-hari jugak mesti nak kena usap perut....

Ayah pulak suka mengusik kak Sara tu...siap ckp nak tido dgn babyla..nak peluk baby la...
lagilah kak Sara sentap kan ekekek :D
Tapi takpe...maybe sbb baby belum ada lagi depan mata...so, kak Sara tak leh nak imagine lagi...
bila dah lahir esok, mesti kak Sara suka kan...

Ok lah..itu je nak update, nanti kita sambung lagi...