29/5/2013 - Date appointment ni Doktor awalkan sket, sebab Doktor nak gi cuti (sempena cuti sekolah ni...) Yelah Doktor pun ada gak anak-anak yg dia nak beri perhatian & bawak jenjalan kan...
Itupun Doktor ckp, dia tak leh gi jejauh..sbb on call.
Ok gambar kat atas ni adalah yg terkini. Ibu dah 34 weeks & 3 days. Berat ibu timbang semalam dah 64kg. Baby gain lagi beratnya...now dah 2.5kg. Alhamdulillah syukur...
Doktor pun cakap bagus...blood pressure ibu pun pada bacaan yg baik...
Disebabkan appointment ibu smlm hari Rabu, makanya ayah tak dpt nak
amik cuti sbb tgh sibuk dgn keja.
Mujurlah ada Achu Nana yg tolong hantarkan ibu ke hospital & jagakan sekali Akak Qis & Akak Sara waktu ibu jumpa Doktor. Achu tgh cuti minggu ni... tp Achu sibuk dgn assignment gak sebenarnya tu...
Tgh tunggu nak jumpa Doktor masa ni. Ibu dah amik nombor dah pun... Ibu ingat ibu patient yg pertama,
rupanya yg ke 13....haha :D sabor jelah...
Yg kakak & adik masa ni tgh leka tgk citer upin ipin kat hp. Mentang-mentang la wifi kat hospital tu laju....suka la dorang tu!
Lepas tu, ibu ajak dorang semua gi breakfast dulu sbb lama lagi nak tunggu turn ibu utk jumpa Doktor.
kakak tgh makan nasik lemak...
Adik pulak, ibu suapkan mee hoon aje...kita share sekali :)
Lama jugak lepak kat cafe ni dgn Achu Nana
Lepas makan, kita naik semula tunggu giliran utk mengadap Doktor
Masa jumpa Doktor, lepas timbang berat badan, check blood pressure & scan, Doktor ckp urine ibu ada infection sket... tu yg ibu dapat ubat di atas. (Antibiotik & ural) kena consume sampai habis ubat tu...
Tapi Doktor ckp tu semua normal la dlm pregnancy....
Pheww...lega ibu...
Doktor pesan suruh minum air banyak-banyak....
Lepas tu, sebelum balik, kita singgah Tesco utk beli barang dapur sket...
Masa kat Tesco, akak Sara moody sket..ngamuk2 je kejanya...
rupanya lepas je naik keta, dia dah tertidur....ooooo...ngantuk rupanya yekk....
patutla....













0 comments:
Post a Comment