My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Tuesday, June 25, 2013

Check up 38 weeks

Sabtu 22 June 2013 - Ibu gi check up lagi... kiranya check up dah jadi seminggu sekali lah ye bila dah sampai ke penghujung trimester mcm ni...
Berat ibu dah 65kg! (dah agak dah..sama la berat ni masa ibu mengandungkan akak Qis & akak Sara dulu)
Ni masa gi breakfast sebelum jumpa Doktor kat hospital. 
 Lewat jugak kita gi hospital hari tu.
Pukul 10 lebih kot baru sampai hospital...
Hari tu kalau tak silap ibu, 2nd last kot, no yg ibu dapat... jenuh jugak nak menunggu turn jumpa Doktor...
Cer tgk kakak Sara makan...tangan letak kat kepala mcm takde mood je...
muka acham je nape kakak?
Hari tu, ayah hantar je kita bertiga ke hospital.  Mcm biasa, yg teman ibu mestilah akak Qis & Sara...
ayah pulak sementara tunggu ibu...
 boleh dia settlekan urusan lain dulu...takdelah buang masa
duduk menunggu je kan... siap sempat balik rumah tolong sidaikan kain sekali....
Dan tibalah giliran ibu jumpa dgn Gynae... mcm biasa, rutinnya mestilah check blood pressure, check urine, scan baby...tgk berat baby ada peningkatan tak utk minggu tu...
ukuran saiz kepalanya....
Kata Doktor semua pun ok....
pastu Doktor ckp nak check 'bukaan'...tapi ibu pulak yg tak ready lagi...
Dan tak sangka la pulak, bila ibu disuruh check kat labor room, dgn menggunakan CTG machine, utk tgk kadar denyutan jantung baby & jugak contraction pd ibu.
Mmg dah ada contraction, tapi mild lagi...
kepala baby mmg dah engaged dan kata Doktor dah betul2 rendah sangat kat bawah...
padanlah bila ibu berjalan...atau berdiri lama...rasa mcm ada 'bola' je kat tgh2...hihi :D
Rasanya ada la dalam 20 minit bacaan CTG ni diambil....
Ibu kenalah rileks2 kan diri dulu kat atas katil tu...
Masa ni rasa mcm dah nak bersalin je heheh :D
berdebar jugak...
buatnya ibu tetiba di tahan ke hari tu....
manalah nak tau kan....
sempat lagi tu ibu snap muka sendiri ekekeke :D
Lepas dah selesai, nurse kat labor room tu, suruh ibu tunggu kat ruang luar (delivery room tu)
sementara tunggu nurse kat tingkat 1 bawak ibu turun semula dan berjumpa dgn gynae ibu
utk dgr explanation nya.
Katanya, heartbeat baby semua ok.... contraction ibu pulak mild lagi....
so, dia suruh tunggu sakit nanti baru terus gi hospital...
Dan setakat hari ini entry ini ditulis, 25 June 2013, ibu masih lagi masih menanti dan menanti, bilakah masanya utk ibu mendakap sendiri anak ibu yang amat ibu nantikan selama ini....
semoga gala-galanya dipermudahkan dan berjalan lancar serta selamat hendaknya...
Insha Allah...

0 comments:

Post a Comment