My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label buku rujukan kehamilan. Show all posts
Showing posts with label buku rujukan kehamilan. Show all posts
Monday, December 17, 2012

Buku-buku yang setia menemani...

Sepanjang ibu mengandung, tak kiralah dari anak pertama, kedua hinggalah yg ni yang ketiga (sepatutnya yg keempat).  Inilah dia buku-buku yang setia menemani ibu.  Apa jua permasalahan, persoalan yang bermain di fikiran ibu, ibu akan rujuk pada buku-buku ni semua.  Memang lah Doktor ada, boleh je tanya pada Doktor.  Tapi kita bukan dpt jumpa Doktor hari-hari kan?  Kalau ada appointment dgn Doktor baru la berpeluang nak tanya dia macam-macam tul tak?  Sementara nak tunggu waktu appointment yang akan datang, boleh la rujuk kat buku-buku ni semua.  Sebabnya buku-buku yang ada ni menceritakan perkembangan dari minggu ke minggu pembesaran bayi yang sedang dikandung...

Buku yang paling baru yang kaler pink tu, 'Seindah Nama Semurni Peribadi'.
Ibu beli kat surau ofis yg kebetulan masa tu ada buat jualan buku-buku agama.
Buku ni ibu beli 4 bulan yg lepas.  Memang sangat bagus kerana dilengkapi dgn pelbagai surah-surah khusus utk ibu mengandung....

Ibu akan jaga buku-buku ni semua dengan baik, yelah nak guna lama kan...
selagi tak lunyai selagi itulah ibu akan terus membacanya.....