My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label nursery. Show all posts
Showing posts with label nursery. Show all posts
Monday, December 15, 2014

Farewell party @ I4 class, TK

 12 December 2014, Friday - Last week, kat nursery Qamilia ada buat farewell party.
Hujung tahun dah katakan... lepas ni Qamilia & friends akan ditukarkan ke class 
(or babies room yg lain pulak) every year pun mcm tu...
sbb bila dorang semakin membesar, kenalah ditempatkan
di class yg lain, dgn suasana pembelajaran yg berlainan dari yg sedia ada.
Teacher (a.k.a babysitter) pun akan bertukar lain jugalah nampaknya...
Starting from early month of December lagi, kalau ibu tak silap... 
infant class semua dilatih utk ke
class baru pd setiap petang, utk familiar kan suasana kat classroom yg baru...
so far, teacher class Qaymie ckp... Qaymie ok & takde masalah...
boleh adapt dgn suasana kat classroom yg baru.
Ini je yg sempat ibu bagi tanda ingatan dan penghargaan utk teachers
 kat infant class Qamilia...
satu tu lain sikit dlm box sbb yg tu ada tumbler kat dlm nya...
yg lain tu shawl.... sbb teacher yg sorang tu indian lady... 
so, dia tak pakai shawl.. hehe :D
Harapnya teachers suka la ye...
Ni gambar dari fb teacher Aien... (yg duduk kat depan sekali tu...)
ni la dia classmate Qamilia at infant class...
comel la semua kengkawan Qaymie hehe :D
Meriah betul nampaknya hari tu...
sayang sbb ibu tak dpt join sekali...
pkl 10:30am... of course la ibu kat ofis tgh keja..
ececeh... 'I'm a big girl' tapi still manja sgt ni dgn ibu...
tak leh berenggang :D masih 'gayut nenen' jgk lagi ni...

Kepada teachers class of I4 (jika terbaca catatan ini)... 
terima kasih atas layanan dan perhatian yg baik yg diberikan
sepanjang Qaymie berada di kelas ni.  Jasa baik kalian semua, hanya Allah
sahaja yg mampu membalasnya....
Wednesday, October 2, 2013

Qamilia @ 3 months

Dua bulan telah berlalu... sedar tak sedar, Qamilia dah pun mencecah
 3 bulan umurnya, pd 28hb September yg lepas.
1 Oktober 2013, ibu dah start hantar Qamilia ke nursery yg sama dgn kakak Sara nya...

Sejak dah 3 bulan ni...suka bebenor dia main air liur ye..
ber'bubble' aje air liur kat bibir dia tu haha ;P 
gugur jugaklah rambut ibu dibuatnya... bising dah ayah sbb kat merata-rata lantai ada rambut ibu kot hahah :p (nanti ayah tolong vacum ye ayah! tu yg ibu cyg ayah tu ewah!)

Bila di agah, dah pandai menyengih dan senyum lebar...
Tau je bila orang panggil nama dia...
Dah pandai melonjak dan menendang...
ada ciri-ciri nak meniarap kot... sbb dok mengiring je kalau letak kat tilam....
Lagi satu...suka sangat isap jari...tu yg ibu dah tak nak pakaikan dia sarung tangan tu...
sbb nanti dgn sarung tangan tu dia isap...
tapi kena make sure kuku dia kena kerap potong la...
 kalau tak nanti, habis muka bercalar...

Perkataan pertama yg dah mula keluar dari mulutnya 'aguuuuuuuuu'
apa ke bendanya aguuuu tu dik?
Ni masa semalam ibu hantar kat Tunas...
Dalam kereta dah nenen siap-siap...
so, masa hantar tu... dia nyenyak tidur aje...
alohalohloh..shian la iye tuuuuuu ;(
petang baru dpt jumpa ibu, ayah & kakak2 ye :(
ibu bekalkan susu ibu utk Qamilia minum kat nursery...
setiap botol tu ada 4 oz dan 3 oz...
mujurlah cukup sepanjang pagi hingga petang Qamilia kat sana...
risau jugak ibu...buatnya ibu amik lambat mcm semalam...pkl 6.10 pm baru
sampai nursery...ada berbaki 1 botol lagi masa tu...nasib baik!
Beg baju & keperluan lain utk bwk ke nursery...
Bila tanya kat pengasuh, mcmana dgn Qamilia sepanjang duduk kat nursery?
dorang ckp ok...tak meragam pun...cuma bila dia gian nak 'nenen' ibu dia..
mulalah dia resah gelisah sket...
botol pun dia luah2.. dah pujuk2 baru ok...

Sabar la adik ye... nak wat caner...dah ibu kena keja ;(