My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Friday, April 12, 2013

Last check up @ Klinik

Petang semalam, 11 April 2013 (Khamis), adalah hari terakhir monthly check up 
dgn Doktor kat klinik.
Seperti biasa, kena buat urine test utk check kandungan gula dlm badan.
Lepas tu, kena timbang berat badan.  Mak aiii...terkejut ibu dibuatnya, bila naik aje atas weighing machine tu...ha ngko!
60kg ok! bulan lepas 1/3/2013, baru 55kg, ini bermakna naik sebanyak 5kg! phewww...
Doktor pun terkejut dan dia kata, 'banyak betul naik ni'...
'makan berselera ye?' Doktor tu tanya lagi. ekekek :D 
Ibu jawab, 'haah Doktor... makan berselera sket.  Tapi saya rasa ni normal, sbb masa
pregnancy yg sebelum-sebelum ni pun, berat terakhir saya utk bulan ke 9, mmg cecah sampai 65kg! Sekarang ni pun dah 7 bulan
...should be ok kot kan hihi :D'

Lepas tu, check blood pressure, Doktor cakap, 'Ok bagus!'
Kemudiannya tu, Doktor suruh buat scan.  As usual check diameter kepala baby.
Doktor kata pembesarannya normal.  Doktor siap terangkan sambil tunjuk satu persatu, 
yg ni mata, hidung, mulut, telinga, tangan dan kaki, jantina (Doktor sahkan lagi utk kali yg kedua, mmg confirm dah pun hihi :D), lepas tu Doktor tunjuk heartbeat baby yg normal, Doktor kata, alhamdulillah semua dalam keadaan yg baik, kaki, tangan, buah pinggang baby semua sekali Doktor tu terangkan dgn terperinci.

Ni lah salah satu sebab kenapa ibu suka jumpa dgn Doktor ni.
Sebab dia akan terangkan dgn begitu lengkap sekali...jadi ibu dengar pun sedap hati dan legaaaa sesangat.  Syukur alhamdulillah Ya Allah... kerana memakbulkan doa ibu agar dipermudahkan segala urusan...

Ada sesetengah Doktor tu simple sangat....tap tup tap tup tap..dah siap!...
ntah apa yg dibeleknya pun tak taulah...
Tapi Doktor S mmg terbaik!
walaupun scan ni tak baper clear...
tapi ni menunjukkan kepala baby, badan, tangan kiri dan kanannya.
Waktu Doktor captured gambar ni...baby tgh pusingkan mukanya ke arah
ibu & doktor la kiranya...
disebabkan baby aktif bergerak, nak captured tepat2 agak payah...
takpelah..nanti kita scan masa kat hospital pulak ok!
Ni pulak, scan utk tgk kandungan air ketuban, sama ada mencukupi ke tak, laporan scan yg ni utk dihantar ke hospital nanti.
Doktor cakap, kalau kurang pun bahaya, kalau terlebih pulak lagi bahaya...
so, kena balance, katanya...
Placenta pun kukuh katanya... kedudukan pun baik.
Kad check up ni pun dah penuh.  Kata Doktor, kepala baby dah pusing ke bawah.
Lepas tu Doktor bagi ibu injection kat lengan bahu kiri. Injection tu utk
elak kancing gigi.  Sakit jugak injection tu, sampai sengal la ibu rasa malam tu...
berat je tangan ibu masa nak tidur...kena suruh ayah picit bagi lega sket.
Lepas tu, Doktor issue referral letter utk bagi pada Gynae utk
sambung check up kat hospital pulak...

Mcm biasa, dpt bekalan obimin, zat besi & kalsium.
Kena teruskan makan seperti biasa.
Ok tu je update utk 27 weeks 3 days.
Assalamualaikum....

0 comments:

Post a Comment