Assalamualaikum...blog ini ibu tulis khusus untuk catatan peribadi ibu sendiri. Seandainya blog ini telah tidak sengaja dibaca oleh sesiapa, ini adalah rentetan kisah kehamilan ibu yg telah kehilangan permata hati yang ketiga (atau dlm erti kata lain, mengalami keguguran pada kandungan ibu yg lalu. Kisah itu dapat di baca di SINI.
Dan kini, Ibu berbadan dua kembali. Alhamdulillah...syukur sangat pada Allah yang Maha Kaya dan Pemurah kerana telah mempermudahkan ibu dan ayah untuk merasai peluang keempat, untuk menimang cahaya mata kembali. Jika diikutkan, setakat entry ini ditulis, kandungan ibu telah pun berusia 5 minggu.
Tapi ibu tak beritahu sesiapapun tentang perkara ini, kerana tidak mahu terlalu gembira setelah mengalami kehilangan pada kehamilan yang lalu, iaitu pada 9 Ogos 2012. 3 bulan berlalu begitu pantas, dan kini ibu kembali hamil. Syukur Ya Allah, doa hamba mu yang kerdil lagi hina ini, telah kau makbulkan! Kali ini, ibu amat berharap, agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Moga kandungan ibu pada kali ini tidak akan berlaku sebarang komplikasi seperti, bleeding, heartbeat not beating dan sebagainya...
Cukuplah pengalaman lalu memberi ibu pengajaran dan pengalaman yang sedikit sebanyak memberi banyak maklumat tentang kehamilan dan perkara-perkara disebaliknya, yang selama ini ada yg ibu tidak ketahui...
Sekadar untuk makluman sendiri, tarikh jangkaan bersalin, insyaAllah pada 8 Julai 2013.
Doakan ibu agar dpt melalui hari-hari yang mendatang dengan membawa kandungan di dalam rahim ibu ini dgn sebaik-baiknya & agar bayi yg sedang ibu kandung adalah dlm keadaan sihat sempurna...Amin...InsyaAllah....

0 comments:
Post a Comment