Semalam, 7 November 2012, genap seminggu ibu lewat 'bendera berkibar'. Memikirkan ibu belum buat pregnancy test lagi, makanya, ibu terus ke in house klinik kat dlm ofis. Tujuannya sekadar nak berjumpa dgn doktor & nak mintak pandangan dia, samada perlu ke ibu pergi dapatkan nasihat dari gynae di hospital specialist, memandangkan sblum ni ibu pernah miscarriage & buat D&C.
Setakat entry ini ditulis, kandungan ibu kini telah pun berusia 5 minggu 3 hari.
Sebelum berjumpa dgn Doktor, nurse kat situ suruh buat urine test dulu la...
Bila dah tiba masa utk berjumpa dgn Doktor, terus ibu serahkan bekas urine
tadi utk Doktor check. Tak sampai beberapa saat, terus terang benderang dua line kat atas tu....
Ibu mcm dah boleh jangka dah dgn keputusan ini (positive pregnancy)....cuma kali ni, ibu tak nak terlalu excited. Walaupun hakikatnya, ibu tersangat bersyukur dan bergembira, kerana Allah masih memberikan ibu peluang untuk menerima cahayamata setelah ibu mengalami keguguran pada kandungan yg lalu....
Terima kasih Ya Allah!
Blood pressure diperiksa, alhamdulillah, pada paras normal. Cuma part nak timbang berat badan tak dpt nak buat, sebab kebetulan alat penimbang kat klinik tu, kata doktor, ada pihak yg pinjam tapi belum pulangkan. Takpelah Doktor, saya tak kisah sgt bab berat badan nih...nanti saya pegi timbang sendiri ye.
Lepas berjumpa dgn Doktor, ibu terus keluar dan menunggu untuk ambil asid folic. Bercakap mengenai asid folic ni, ibu memang disuruh teruskan mengambil asid folic sejak lepas mengalami keguguran hari tu lagi....Doktor suruh sambung je makan.
Stock kebetulan dah habis.... tu yg mintak stock baru kat klinik ofis tu.
Nurse tu bagitau yg ibu tak perlu pergi ke gynae specialist, just teruskan pemeriksaan bulanan seperti biasa di klinik panel. Sekiranya berlaku apa-apa komplikasi, baru mintak Doktor di klinik panel yg refer kan case ke hospital yang dikehendaki.
Ibu amat berharap, agar Allah mempermudahkan urusan ibu utk kehamilan kali ini.
Semoga segala-galanya berjalan dgn lancar, tidak mengalami sebarang masalah.
Amin yarabbal alaminnnnn........



0 comments:
Post a Comment