My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Friday, February 7, 2014

Kisah 'chicken pox' ...

Sebelum bercerita dgn lebih lanjut tentang 'chicken pox' yg Qamilia kena penghujung bulan Januari yg lepas (26-31 January 2014).  
Aku nak share kan disini serba sedikit info tentang 'chicken pox' dari
babycentre.com 
 
'Ramai kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa muda dan selalunya ia merupakan sakit ringan.  Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang 5 hari. Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul.

Ok berbalik kpd kisah Qamilia ni.  Kiranya dari tarikh dia kena chicken pox tu, 10 hari 
aku tak hantar ke nursery.  Gilir-gilir cuti dgn ayah dia jaga Qamilia.  Sampaikan nenek dia pun kena jaga sekali, dah la nenek pun masih bekerja. Terpaksa jugak mintak tolong, sbb nak kena jugak kami ni jimat cuti utk hal2 di masa akan datang.
 Hebat tak hebat ayahnya boleh jaga baby umur 7 bulan, tanpa ibu disisi? Qamilia kena ucap tima kasih kat ayah tau...

Dalam tempoh tu, 2 kali kitorang bawak Qamilia
gi jumpa Doktor utk check samada dia dah sembuh ke belum.  Alhamdulillah, doktor ckp
dah baik & boleh ke nursery.  Aku terlupa nak mintak surat pengesahan doktor
utk dibawa ke nursery.  Nak dijadikan kisah, hari pertama aku hantar selepas dia
pulih sepenuhnya dari 'chicken pox' lepas cuti raya cina, 4 Feb 2014.  

Pagi tu kat nursery, as usual, sblum lepas masuk ke babies room, kena check temperature
dulu.. mmg dia sihat.  Pastu aku pun terus inform awal-awal pengasuh yg
bertugas tu, yg Qamilia ni dah 10 hari tak pegi nursery.  Dia dah pulih sepenuhnya dari
chicken pox.  Yg tinggal skrg, hanya utk hilangkan parut je.  Tetiba pengasuh mintak surat pengesahan dari doktor. 
 Dah tentu2 lah aku takde bwk.  Then aku janji nak bagi esok pagi, so, memandangkan Qamilia pun tak demam, kami pun dibenarkan masuk utk hantar anak.

Guess what, lepas aku masuk ofis at 8.10am camtu.  Ofis dgn nursery bukan satu building tau..agak jauh jgk...kena naik keta la utk ke nursery tu.  
Walaupun nursery ni adalah milik ofis tmpt aku keja,
 tp dorang bina nursery di bangunan lain & kedudukannya agak jauh sket la.
Sekali tgk kat hp ada call dari nursery.  Rupanya dorang nak inform aku yg, 
Qamilia dorang letakkan kat 'sick bay'
Alahai... tak reti-reti bahasa tul la.  Kita dah ckp dia dah sihat sepenuhnya & bebas
dari 'chicken pox' diaorang ragu2 la pulak...nak asingkan dari baby2 yg lain.

Ok fine..takpe, duduk la sick bay tu sampai ptg...coz takkan aku nak amik cuti & bwk balik kot.  Cuti pun dah byk pakai kan?
(dlm sick bay tu ada sorang pengasuh & sorang matron) yg akan jaga baby.
tapi masalahnya... ingatkan aman la kita ni nak buat keja...
Rupanya tak... kejap2 dorang call, suruh fax surat pengesahan doktor tu jgk.  Suruh
pihak klinik keluarkan...
Aku ni dah start nak menyirap la.. dah kata esok pagi nak bawak... 
kenapa masih nak desak? takkanlah aku nak tipu lak kot?
Itupun aku dah call klinik semula dan pihak klinik mintak aku dtg bawak baby
utk check lagi sekali sebelum surat dikeluarkan oleh doktor utk pengesahan terkini.

Tak cukup dgn tu... pihak nursery, 'kacau' lagi, now suruh org HR ofis aku, plak yg call aku, 
utk tanyakan benda yg sama.
Tak pepasal je aku dah terckp nada nak marah dgn org HR pulak...
walaupun aku tau tu bukan salah org HR pun, yg tak semena-mena kena marah dgn aku.
Gamaknye lepas org HR call aku, dorang terus ckp dgn nursery tu yg
aku dah janji nak bagi clearance letter tu esok pagi.  So, utk seketika dah
senyap la isu call2 ni semua.

Dalam pukul 3ptg camtu.. ayah Qamilia call aku, katanya matron
lak call dia... suruh amik Qamilia skrang! which is at 3pm!. Sbb kononnya
baby lain pulak yg dorang nak letakkan kat situ (kat sickbay) coz ada tanda2 nak kena rashes kat muka...
so, since ada baby lain mcm nak kena jangkitan, so dorang nak suruh Qamilia
di bawak balik rumah.
eh helloooooooooooooo!! baby tu dari babies room yg berlainan ok...(ye ada byk babies room kat nursery ni) dan Qamilia bukan sebilik dgn baby tu pun.  Lagi pun, nilah hari pertama dia dihantar selepas 10 hari away from nursery!
cemana pulak, nak kata seolah-olah Qamilia mcm transfer pulak kat baby tu, 
virus chicken pox!, berfikir logik la sikit oii!
And dlm kes ni pulak, Qamilia dah sihat sepenuhnya...mujurlah...

End up, si ayah Qamilia hanya boleh ckp yg...kami tak dpt amik Qamilia.
Pkl 5 lebih baru boleh amik, sbb masing2 tgh keja & mmg sdg dlm meeting room.
Ptg tu masa dtg amik Qamilia kat sick bay. Pandai pulak matron tu balik awal.
Kenapa tak tunggu je sampai we all dpt jumpa dia? kan?
Gamaknye kecoh2 sgt suruh amik tu..sbb dia yg tak nak rimas dgn baby2 ni semua.
Tak sempat aku nak sound sedas! kepoh sgt.. matron apa nya camtu?
kelam kabut semacam je... tak tau bezakan antara dah pulih dgn tak.

Baby yg diorang kecoh sgt nak letak kat dlm sick bay tu.. mak baby tu ckp (mujurlah mak kpd baby lain tu, aku kenal), kami saling bertukar cerita la kan. 

anak dia kena gigit nyamuk jer! sbb baru balik dari kampung sehari sebelum tu.
So, ada kesan gigitan nyamuk kat muka.
Tapi pihak nursery ni yg mcm2 hal & tak percaya yg tu adalah 'mosquito bite'
dorang risau bintat2 tu mcm boleh jangkit la kot...tu yg nak jugak
suruh baby tu diletakkan kat sick bay & kena bwk clearance letter jugak bagi
mengesahkan yg itu mmg mosquito bite
adoyaiiiiiiiiii.... sesak nafas aku dibuatnya la...
naper la tak professional langsung dorang ni. Hishh aku still geram nih...
tapi..takpe..bawak2kanlah bersabar menghadapi kerenah manusia.
Ni masa aku cuti & jaga Qamilia waktu dia kena chicken pox tempohari.
kalau dulu..susah sgt nak cari daun semambu utk rawat chicken pox..
now...dah tak susah dah.. pegi je ke farmasi, pastu cari produk
Himalaya (mcm gambar atas sekali). Produk ni mmg ada gambar daun neem (daun semambu)... Dijual dlm bentuk shower gel pun ada, bar soap pun ada...
jadi, mandikan anak yg kena chicken pox dgn mandian ini...

Sabun kan dgn shower gel (Neem=daun semambu) tu utk melegakan miang / gatal
dan jugak mengecutkan bintik2 campak atau chicken pox tu...
Tak banyak pun naik kat badan Qamilia... camnilah lebih kurang...
kat belah depan, ada sebijik dua, kat pinggang & perut pun sama jgk.
Lepas mandi, boleh terus letak calamine lotion kat badan.

Camtulah kisahnya...alhamdulillah...lega semua ni dah berlalu...
dan waktu Qamilia kena chicken pox ni pun...dia tak meragam sangat...
tak menggaru pun... risau jugak if dia gatal-gatal badan sampai tergaru-garu ke kan....

Progress lain ttg Qamilia....kita sambung kat next entry jelah ek...
berjela dah ni...
 

0 comments:

Post a Comment