My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Friday, August 30, 2013

Qamilia @ 2 months

28hb August yg lalu..genaplah Nur Mardhia Qamilia ke dua bulan...
Ibu rasa mcm baru sangat lagi lahirkan Qamilia pada 28 June 2013 yg lalu...
Ni masa hari raya pertama...Kiranya inilah kali pertama Qamilia beraya...
Orang yg paling seronok tentulah kakak-kakak Qamilia tu...
Asyik nak cium-cium baby aje kejanya...

Tinggal lagi sebulan je ibu bercuti..lepas tu dah nak kena keja semula...mcm tak terasa je cuti tiga bulan tu...cepat betul masa berlalu...
Ni yg rasa tak best ni... dah seronok-seronok duduk rumah jaga baby...
 nanti ibu nak kena keja pulak :(

Oh ye...Qamilia dah dicukur botak kepalanya oleh 
atuknya di kampung pada 8 Syawal yg lalu... Balik raya hari tu, ayah ada buat kenduri doa selamat sempena kelahiran Qamilia...
InshaAllah, ada rezeki nanti, kita buat kenduri aqiqah pulak ye...
'amacam? ok tak rupa baru cayer? omey lagi tak?
Ibu cakap, cayer dah pandai senyum la... '
'Jambul cayer yg tercacak tu..dah takde dah...huhu ;( cedih arr..iter!'
Ini adalah susu ibu yg ibu simpan utk Qamilia minum masa duduk kat nursery nanti.
Ibu dah start kumpul, sejak umur Qamilia sebulan lagi...
alhamdulillah... Allah beri ibu rezeki dlm bentuk mcm ni kepada ibu..iaitu
untuk menyusukan Qamilia sepenuhnya...
sekarang ni, bila sekali pam, utk sebelah breast, ibu dah boleh dpt 5 oz... 
syukur sangat...
sebelah lagi, ibu akan bagi Qamilia minum terus dari badan...
Berkat pam hari-hari, makanya semakin hari, semakin bertambah...

Memandangkan Qamilia kerap menyusu terus dari badan & tak guna botol...
hari-hari jugak ibu kena latih Qamilia minum susu guna botol...
Mula-mula try minum guna botol...buat muka pelik la kan..hehe ;D
puting getah kan keras sket...tu yg mcm nak dikunyah2 aje masa ibu suap ke mulut...
tapi takpe...lama-lama nanti biasalah ye sayang!

Ok sampai sini dulu...nanti ibu update lagi perkembangan Qamilia kat sini ok!

0 comments:

Post a Comment