My baby's birthday!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Friday, January 11, 2013

Ibu @ 14 weeks, 4 days

Salam....nilah dia keadaan ibu @ 14 weeks & 4 days, or bersamaan 102 hari.  Kiranya dah 3 bulan lebih.
Perut dah start menonjol tajam ke depan...
Kalau diikutkan pregnancy ibu yg terdahulu, masa anak sulung dan anak kedua....
perut ni mcm tersembunyi je...melebar ke tepi...
takdelah betul2 tajam ke depan....
Mengikut petua orang-orang lama....perut yg menonjol ke depan (tajam je rupanya)
insyAllah bakal menimang cahayamata lelaki....
Mudah-mudahan la hendaknya...Amin InsyaAllah...
Ibu pun berharap ada rezeki ibu utk dpt anak lelaki pulak dan pastinya sentiasa berdoa dan mengamalkan doa yang ini:

Kali ni, ibu kena ingat untuk ambil gambar setiap perkembangan terkini diri sendiri.....
tentunya jugak perkembangan ini adalah pembesaran baby yg kat dlm perut jugak....
membesarnya baby, maka membesarlah ibu dgn jayanya haha :D
Ibu doakan anak ibu yg kat dalam tu dlm keadaan baik dan sihat sentiasa...
sempurna semuanya....
Ya Allah permudahkanlah hambaMu ini melalui detik kehamilan dan detik ketika melahirkannya
Mudah-mudahan segala-galanya berada di dalam keadaan yg baik....
InsyaAllah....
Sekarang ibu amalkan makan kurma & kismis...

Khasiat Kurma & Kismis adalah seperti berikut:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).


2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.


3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.


4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

0 comments:

Post a Comment